Memaparkan catatan dengan label diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diet. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2025

MENU DIET (1)

 Breakfast:

Oats 80g masak dengan air panas dan stevia
Telur dadar (2 telur full, 3 putih telur)
Lunch:
Nasi putih 180g
250g ikan putih pilihan
Dinner:
Nasi putih 180g
250g protein pilihan (ayam/ daging / salmon / ikan putih)
Supper:
Greek yogurt + berries
Setiap hari: 8k steps minimum sehari
Siapa dengan berat badan di antara 65kg ke atas - boleh ikut, in shaa Allah akan turun. SUMBER: bro Shaukat.

Rabu, 22 Januari 2025

Cara Reverse Insulin Resistance dengan Diet

 ✔ Kurangkan Karbo Proses:

➡ Elakkan nasi putih, roti putih, mee segera.

➡ Gantikan dengan karbo kompleks seperti nasi perang, ubi keledek, atau oat.


✔ Tingkatkan Protein:

➡ Contoh: Ayam, ikan, telur, tofu – bantu stabilkan gula darah & insulin.


✔ Tambah Lemak Sihat:

➡ Contoh: Avokado, minyak zaitun, kekacang – penting untuk kawal hormon.


✔ Serat Tinggi:

➡ Sayur hijau, buah beri, biji chia – bantu perlahan pelepasan gula dalam darah.


Senaman untuk Reverse Insulin Resistance


✔ Latihan Kekuatan:

➡ Contoh: Squat, plank, angkat beban.

➡ Tingkatkan sensitiviti insulin & bantu sel guna gula darah lebih efisien.


✔ Kardio Sederhana:

➡ Jalan laju, jogging, cycling – bakar kalori & kawal berat badan.


✔ HIIT (High-Intensity Interval Training):

➡ Gabungan intensiti tinggi & rehat pendek bantu turunkan insulin & gula darah.


➡ Tip: Lakukan 3-5 kali seminggu untuk hasil terbaik.


Makanan Tambahan yang Bantu Insulin Sensitivity


✔ Cuka Epal (Apple Cider Vinegar):

➡ Minum 1-2 sudu besar dengan air sebelum makan untuk kawal gula darah.


✔ Kayu Manis (Cinnamon):

➡ Tambah dalam minuman atau makanan untuk tingkatkan sensitiviti insulin.


✔ Magnesium-Rich Foods:

➡ Contoh: Bayam, badam – penting untuk fungsi insulin.


✔ Omega-3:

➡ Contoh: Ikan salmon, flaxseed – kurangkan keradangan & bantu insulin.


Gaya Hidup untuk Reverse Insulin Resistance


✔ Tidur Cukup:

➡ Kurang tidur naikkan hormon lapar & insulin resistance. Target 7-8 jam sehari.


✔ Kawal Stres:

➡ Meditasi, senaman ringan, atau hobi bantu turunkan kortisol, hormon yang ganggu insulin.


✔ Aktifkan Hidup Harian:

➡ Tambah langkah harian, naik tangga, atau jalan-jalan selepas makan.


Berapa Lama untuk Reverse Insulin Resistance?


➡ Dengan diet, senaman, & gaya hidup sihat:

✔ Perubahan awal boleh nampak dalam 2-4 minggu.

✔ Peningkatan besar dalam 3-6 bulan.


➡ Kunci utama ialah konsisten!


Selasa, 15 Jun 2021

C2JOY TESTIMONI

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillah..



Perkongsian pengalaman saya sendiri bersama C2Joy.

5 Jan 2021 mula minum dan amalkan secara istiqomah untuk penyakit2 yang saya sendiri alami:

1. Sakit saraf belikat ( belakang)

2. Sakit badan dan otot-otot.

3. Gastrik 

4. Migraine 

5. Resdung/ sinus

6. Enzyme 


Pengalaman PERTAMA sakit saraf ni amat perik rasanya dan senak di belikat atau belakang bahu amat lah sakit sehingga naik ke kepala dan akibatnya sakit kepala senang sahaja terkena. Dengan kata lain salah sikit sahaja pergerakan boleh buat sakit saraf berlaku. 

Alhamdulillah dengan c2Joy selama 2 bulan istiqomah kerana asbab susu C2Joy sakit saraf saya semakin baik kerana apabila terkena tidak lah lama untuk sembuh kembali, dan dapat rasa kelegaannya yang ketara. Saya dapat rasa seperti ada pergerakan darah dan rasa panas atas belakang. Sehingga kini sakit sarat tiada lagi. Sakit badan dan otot-otot juga hilang dan senang untuk tidur kerana betis tidak sakit dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah 


Pengalaman kedua Gastrik, MasyaAllah sakit teramat apabila kritikal. Jam 3 pagi ke 7-eleven cari Gavisscon kalau kena gastrik ni. Nak minum kopi pagi tak boleh nanti angin sangkut macam tak lepas sendawa dan amat pedih bila sendawa sikit2. Saya pun tak sedar gastrik hilang dan sedap jer minum kopi pagi2. Alhamdulillah asbab minum susu c2joy dengan istiqomah makanya Gastrik sembuh.


Pengalaman ketiga Migraine atau sakit kepala sangat-sangat. Apabila sakit kepala kena ni biasa 2 - 3 hari sakit x reda-reda dan kalau makan ubat biasa2 tak hilang. Perlu cari ubat utk migraine barulah okay. 2 bulan minum C2Joy tak perasan migraine ni sudah tak kena dan kalau ada sakit kepala selepas mandi akan rasa lega dan sembuh. 


Pengalaman keempat, Resdung dan Sinus ni yang best. Setelah 2 bulan juga utk saya lah kesannya dapat dirasai. Minum dan hidu debu2 Kolostrum semasa membancuh susu ni. Resdung yang teruk, bau jer minyak wangi bersin dan hidung mula berair, alahan habuk, suhu badan, cuaca, setiap pagi hidung berair. Susah dan segan bila kena, nak pakai minyak wangi pun tak boleh, minyak rambut pun tidak boleh. Sebab tu lah rambut saya serabai jer ni. Haha.. alhamdulillah dgn izin Allah sinus semakin pulih dan saya rasa segar dan berkeyakinan diri mula cuba minyak wangi dan minyak rambut alhamdulillah boleh pakai dan tidak terus bersin. Hidung pun pagi2 bangun tidak berair dan rasa kering sahaja. Tidak alahan sangat pada habuk dan tak rasa gatal2 pada tangan walaupun terkena habuk. Alhamdulillah 


Pengalaman kelima ni adalah anak saya ada enzyme kering. Anak sebelum ni enzyme berdarah atau berair. Post sebelum ni sudah ada ceritanya keberkesanan merawat enzyme. Yang penting istiqomah beri minum seteguk dua atau minum bersama2 semasa kita minum C2Joy. Sebab kanak2 bawah 9 tahun hanya separuh sacket sahaja. Lagipun ank kecil umur bawah setahun tak minum banyak, hanya seteguk dua sahaja. Buih2 yang baki pada cawan shaker saya gosokkan sehingga kering melekit menjadi kering dan licin. Alhamdulillah semua dgn izin Allah sembuh. 


Healings Crisis:

Perlu tahu akibatnya apabila kita istiqomah minum maka badan kita mula bertindak balas untuk proses penyembuhan. Di mana badan mula membina sel baru, menyikirkan toksid dalam badan, membunuh kuman, bakteria dan virus yang ada dalam badan dan menyikirkan bendasing yang ada dlm badan kita. Kesannya pada saya adalah:

1. Sakit saraf : badan menjadi lemah dan rasa mengatuk yang teramat, ini kerana badan perlu rehat secukupnya utk penyembuhan saraf dan otot-otot badan.

2. Migraine: kepala terasa sangat sakit selama 2 hari dan saya atasi dengan booster C2Joy 2 sachet dgn 200ml air. Alhamdulillah okay.

3. Gastrik: perut menjadi susah nak buang air, penyingkiran toksid najis berketul-ketul keluar dan buang air keras. Alhamdulillah selepas itu akan lebih senang dan lawas.

4. Resdung: ada berlaku kahak atau ketulan lendir seperti berakar keluar setelah hembus buang selesema, hidung berair dan bersin2. Selepas itu menjadi kering. Cara atasi utk selesa gunakan air panas masukkan menthol crystal dan bunga cengkih dalam air panas tadi dan hidu wap air dgn selibung dgn tuala tutup kepala dan air tadi. 

5. Enzyme: berlaku badan anak berpasir rasa kasar biji-biji naik di belakang leher dan depan badan. Jangan panik buat seperti biasa gosok dgn buih susu c2joy gosok sehingga kering dan licin. InsyaAllah yang kasar tadi tanggal dan menjadi licin dan gebu kulit anak. 


Terima kasih kepada Brolan kerana perkenalkan susu C2joy kepada saya.


#Testimoni AliPD







Rabu, 28 April 2021

Menu Diet Atkins



Malaysia paling ramai rakyat alami obesiti di ASEAN










 

Kesan air manis pada tubuh badan







 

Carta makanan asid/alkali



 

Buah-buahan rendah gula



 

Bahaya gula putih



 

Gula berlebihan penyebab kanser



 

Diabetis membunuh...




 

10 Gejala diabetis


 

Gula punca terbaru kanser


 

Gula punca gout


 

7 langkah mengurangkan gula