Memaparkan catatan dengan label Kesihatan umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan umum. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Ogos 2025

Petua Air "Flush Buah Pinggang" - Untuk Detox Harian

 






Bahan-bahan:
•1 batang saderi (celery stalk)
• 1/2 batang lobak putih
•1 biji epal hijau
•1/2 cawan air sejuk
• (Opsyenal: sedikit perahan lemon)
Cara Buat:
1. Potong semua bahan kecil-kecil.
2. Blender bersama air hingga halus.
3. Minum waktu pagi sebelum sarapan, 2-3
kali seminggu.
"Dalam seminggu dia rasa badan lebih
ringan, bengkak kaki pun dah mula surut.
Bila check semula, bacaan makin stabil.!"
Kenapa Bahan Ni Bantu Buah Pinggang?
• Saderi bantu kurangkan tekanan darah &
CUci darah dari toksin.
• Lobak putih bantu galakkan pengeluaran
urin & larutkan urik acid.
•Epal hijau tinggi antioksidan & bantU
neutral pH buah pinggang.

Rabu, 22 Januari 2025

CARA REVERSE INSULIN RESISTANCE

 

Insulin resistance (rintangan insulin) berlaku apabila sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap hormon insulin, menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Keadaan ini boleh membawa kepada pra-diabetes atau diabetes jenis 2. Untuk mengatasi masalah ini, diet, senaman, dan perubahan gaya hidup yang sistematik boleh membantu. Berikut adalah perincian langkah-langkah untuk membantu anda:

 

1. Diet untuk Reverse Insulin Resistance

Kurangkan Karbohidrat Proses

  • Mengapa: Karbohidrat proses seperti nasi putih, roti putih, dan makanan segera menyebabkan lonjakan mendadak dalam gula darah.
  • Alternatif: Gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti nasi perang, ubi keledek, atau oat. Karbohidrat ini lebih lambat dicerna, mengelakkan lonjakan gula darah.

Rajah 1: Perbandingan Karbohidrat Proses vs. Kompleks

  • Karbo Proses: Nasi putih, mee segera, kek.
    • Indeks Glisemik: Tinggi.
  • Karbo Kompleks: Nasi perang, oat, quinoa.
    • Indeks Glisemik: Rendah.

Tingkatkan Pengambilan Protein

  • Mengapa: Protein membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kenyang.
  • Sumber Protein: Ayam, ikan, telur, dan tofu.

Tambahkan Lemak Sihat

  • Mengapa: Lemak sihat membantu kawalan hormon dan memberi tenaga tanpa menaikkan gula darah.
  • Contoh: Avokado, minyak zaitun, kekacang.

Pengambilan Serat Tinggi

  • Mengapa: Serat memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah.
  • Sumber Serat: Sayur-sayuran hijau, buah beri, biji chia.

Carta 1: Komponen Diet Sihat untuk Reverse Insulin Resistance

Komponen

Sumber Makanan

Kesan

Karbo Kompleks

Nasi perang, oat, ubi keledek

Stabilkan gula darah

Protein

Ayam, ikan, tofu, telur

Tingkatkan kenyang & stabilkan insulin

Lemak Sihat

Avokado, kekacang, minyak zaitun

Kawal hormon & tenaga

Serat Tinggi

Sayur hijau, buah beri, biji chia

Perlahan pelepasan gula dalam darah

 

2. Senaman untuk Reverse Insulin Resistance

Latihan Kekuatan

  • Mengapa: Membantu sel menggunakan glukosa lebih efisien.
  • Contoh: Squat, plank, angkat beban.

Kardio Sederhana

  • Mengapa: Membakar kalori dan membantu kawalan berat badan.
  • Contoh: Jalan laju, jogging, cycling.

HIIT (High-Intensity Interval Training)

  • Mengapa: Gabungan intensiti tinggi dan rehat pendek meningkatkan sensitiviti insulin.
  • Cadangan: Lakukan 3-5 sesi seminggu selama 20-30 minit.

Rajah 2: Manfaat Pelbagai Jenis Senaman untuk Insulin Sensitivity

  • Latihan Kekuatan: Peningkatan otot.
  • Kardio: Penurunan berat badan.
  • HIIT: Penurunan gula darah segera.

 

3. Makanan Tambahan yang Membantu

Cuka Epal

  • Minum 1-2 sudu besar dengan air sebelum makan.
  • Mengawal kenaikan gula darah selepas makan.

Kayu Manis

  • Tambahkan dalam makanan atau minuman untuk meningkatkan sensitiviti insulin.

Makanan Kaya Magnesium

  • Sumber: Bayam, badam.
  • Penting untuk fungsi insulin.

Omega-3

  • Sumber: Ikan salmon, flaxseed.
  • Mengurangkan keradangan.

Carta 2: Makanan Tambahan yang Disarankan

Makanan Tambahan

Sumber

Manfaat

Cuka Epal

Cuka epal organik

Kawal gula darah selepas makan

Kayu Manis

Rempah

Tingkatkan sensitiviti insulin

Magnesium

Bayam, badam

Penting untuk fungsi insulin

Omega-3

Ikan salmon

Kurangkan keradangan, tingkatkan insulin

 

4. Gaya Hidup untuk Reverse Insulin Resistance

Tidur Cukup

  • Kurang tidur meningkatkan hormon lapar (ghrelin) dan merangsang insulin resistance.
  • Saranan: 7-8 jam sehari.

Kawal Stres

  • Stres menaikkan kortisol yang mengganggu insulin.
  • Aktiviti seperti meditasi, yoga, atau hobi membantu.

Kekal Aktif

  • Bergerak sepanjang hari seperti menaiki tangga dan berjalan selepas makan.

Carta 3: Hubungan Antara Gaya Hidup dan Insulin Resistance

Faktor Gaya Hidup

Tindakan

Kesan

Tidur

Tidur 7-8 jam sehari

Stabilkan hormon dan insulin

Stres

Meditasi, senaman ringan

Turunkan kortisol, tingkatkan insulin

Aktiviti Harian

Tambah langkah, naik tangga

Tingkatkan metabolisme

 

5. Tempoh untuk Melihat Perubahan

  1. Perubahan awal boleh dilihat dalam 2-4 minggu jika konsisten.
  2. Peningkatan lebih besar biasanya berlaku dalam masa 3-6 bulan.

Kesimpulan: Mengatasi insulin resistance memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan diet sihat, senaman berkala, makanan tambahan, dan gaya hidup yang aktif. Konsistensi adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang!


Selasa, 15 Jun 2021

C2JOY TESTIMONI

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillah..



Perkongsian pengalaman saya sendiri bersama C2Joy.

5 Jan 2021 mula minum dan amalkan secara istiqomah untuk penyakit2 yang saya sendiri alami:

1. Sakit saraf belikat ( belakang)

2. Sakit badan dan otot-otot.

3. Gastrik 

4. Migraine 

5. Resdung/ sinus

6. Enzyme 


Pengalaman PERTAMA sakit saraf ni amat perik rasanya dan senak di belikat atau belakang bahu amat lah sakit sehingga naik ke kepala dan akibatnya sakit kepala senang sahaja terkena. Dengan kata lain salah sikit sahaja pergerakan boleh buat sakit saraf berlaku. 

Alhamdulillah dengan c2Joy selama 2 bulan istiqomah kerana asbab susu C2Joy sakit saraf saya semakin baik kerana apabila terkena tidak lah lama untuk sembuh kembali, dan dapat rasa kelegaannya yang ketara. Saya dapat rasa seperti ada pergerakan darah dan rasa panas atas belakang. Sehingga kini sakit sarat tiada lagi. Sakit badan dan otot-otot juga hilang dan senang untuk tidur kerana betis tidak sakit dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah 


Pengalaman kedua Gastrik, MasyaAllah sakit teramat apabila kritikal. Jam 3 pagi ke 7-eleven cari Gavisscon kalau kena gastrik ni. Nak minum kopi pagi tak boleh nanti angin sangkut macam tak lepas sendawa dan amat pedih bila sendawa sikit2. Saya pun tak sedar gastrik hilang dan sedap jer minum kopi pagi2. Alhamdulillah asbab minum susu c2joy dengan istiqomah makanya Gastrik sembuh.


Pengalaman ketiga Migraine atau sakit kepala sangat-sangat. Apabila sakit kepala kena ni biasa 2 - 3 hari sakit x reda-reda dan kalau makan ubat biasa2 tak hilang. Perlu cari ubat utk migraine barulah okay. 2 bulan minum C2Joy tak perasan migraine ni sudah tak kena dan kalau ada sakit kepala selepas mandi akan rasa lega dan sembuh. 


Pengalaman keempat, Resdung dan Sinus ni yang best. Setelah 2 bulan juga utk saya lah kesannya dapat dirasai. Minum dan hidu debu2 Kolostrum semasa membancuh susu ni. Resdung yang teruk, bau jer minyak wangi bersin dan hidung mula berair, alahan habuk, suhu badan, cuaca, setiap pagi hidung berair. Susah dan segan bila kena, nak pakai minyak wangi pun tak boleh, minyak rambut pun tidak boleh. Sebab tu lah rambut saya serabai jer ni. Haha.. alhamdulillah dgn izin Allah sinus semakin pulih dan saya rasa segar dan berkeyakinan diri mula cuba minyak wangi dan minyak rambut alhamdulillah boleh pakai dan tidak terus bersin. Hidung pun pagi2 bangun tidak berair dan rasa kering sahaja. Tidak alahan sangat pada habuk dan tak rasa gatal2 pada tangan walaupun terkena habuk. Alhamdulillah 


Pengalaman kelima ni adalah anak saya ada enzyme kering. Anak sebelum ni enzyme berdarah atau berair. Post sebelum ni sudah ada ceritanya keberkesanan merawat enzyme. Yang penting istiqomah beri minum seteguk dua atau minum bersama2 semasa kita minum C2Joy. Sebab kanak2 bawah 9 tahun hanya separuh sacket sahaja. Lagipun ank kecil umur bawah setahun tak minum banyak, hanya seteguk dua sahaja. Buih2 yang baki pada cawan shaker saya gosokkan sehingga kering melekit menjadi kering dan licin. Alhamdulillah semua dgn izin Allah sembuh. 


Healings Crisis:

Perlu tahu akibatnya apabila kita istiqomah minum maka badan kita mula bertindak balas untuk proses penyembuhan. Di mana badan mula membina sel baru, menyikirkan toksid dalam badan, membunuh kuman, bakteria dan virus yang ada dalam badan dan menyikirkan bendasing yang ada dlm badan kita. Kesannya pada saya adalah:

1. Sakit saraf : badan menjadi lemah dan rasa mengatuk yang teramat, ini kerana badan perlu rehat secukupnya utk penyembuhan saraf dan otot-otot badan.

2. Migraine: kepala terasa sangat sakit selama 2 hari dan saya atasi dengan booster C2Joy 2 sachet dgn 200ml air. Alhamdulillah okay.

3. Gastrik: perut menjadi susah nak buang air, penyingkiran toksid najis berketul-ketul keluar dan buang air keras. Alhamdulillah selepas itu akan lebih senang dan lawas.

4. Resdung: ada berlaku kahak atau ketulan lendir seperti berakar keluar setelah hembus buang selesema, hidung berair dan bersin2. Selepas itu menjadi kering. Cara atasi utk selesa gunakan air panas masukkan menthol crystal dan bunga cengkih dalam air panas tadi dan hidu wap air dgn selibung dgn tuala tutup kepala dan air tadi. 

5. Enzyme: berlaku badan anak berpasir rasa kasar biji-biji naik di belakang leher dan depan badan. Jangan panik buat seperti biasa gosok dgn buih susu c2joy gosok sehingga kering dan licin. InsyaAllah yang kasar tadi tanggal dan menjadi licin dan gebu kulit anak. 


Terima kasih kepada Brolan kerana perkenalkan susu C2joy kepada saya.


#Testimoni AliPD







Jumaat, 11 Jun 2021

Keadilan dalam Rumahtangga (menjawab isu peranan suami dan kesamarataan gender oleh Dr. Khalif Muammar)

 




Tanggapan terhadap Dr Harlina Siraj tentang Kepimpinan Lelaki dan Kesetaraan Gender

Tulisan Dr. Harlina seperti dilampirkan mengandungi beberapa kekeliruan yang memberi kesan besar terhadap kefahaman Islam masyarakat. Ia mengandungi pentafsiran semula dan perombakan terhadap konsep kepimpinan lelaki yang terdapat dalam hukum Islam dan mempromosikan idea kesetaraan gender yang bertentangan dengan Islam.
1. Kepimpinan lelaki dalam keluarga adalah hukum agama yang jelas dan tiada khilaf di kalangan para ulama’. Hanya golongan modenis dan liberal di kalangan orang Islam yang berbeza pandangan disebabkan pengaruh idea kesetaraan gender yang dicanangkan di Barat. Para ulama’ merujuk kepada ayat 34 surah al-Nisa’ (“Lelaki adalah pemimpin (qawwamun) ke atas kaum wanita”). Ibn Kathir dan tafsirnya sebagai contoh berkata bahawa “lelaki adalah penanggungjawab (qayyim) ke atas perempuan yakni pemimpin dan ketua”. Al-Baydawi pula mengatakan: “lelaki mentadbir urusan perempuan sepertimana penguasa mentadbir rakyatnya”. Terdapat beberapa hadith yang mengesahkan pandangan para ulama’ ini seperti hadith: “Jika aku memerintahkan seseorang sujud kepada seorang yang lain niscaya aku perintahkan isteri supaya bersujud kepada suaminya” (Ibn Majah). Sila rujuk antara lain ‘Atiyyah Saqar, Huquq al-Zawjiyyah (2003); Wahbah al-Zuhayli, al-Usrah al-Muslimah (2000).
2. Dengan adanya dalil khusus seperti di atas maka dalil umum bahawa setiap manusia adalah pemimpin tidak boleh digunapakai dalam konteks yang khusus. Kedua-dua dalil perlu digunakan pada tempatnya masing-masing, tidak boleh dipertentangkan. Pengharmonian dalil-dalil perlu dilakukan ketika beberapa dalil dilihat seolah-olah bercanggah antara satu sama lain. Sebenarnya dalil-dalil ini tidak bercanggah, hanya sahaja mungkin kefahaman kita tidak cukup untuk meletakkan masing-masing dalil pada tempat dan konteksnya.
3. Idea kesetaraan gender di Barat jelas membawa kepada fahaman bahawa lelaki dan wanita adalah setara atau sama rata (equal), yang bermaksud bahawa satu gender tidak boleh diletakkan lebih tinggi, diberi kelainan berbanding gender lain, seperti menjadi pemimpin dalam rumah tangga, menjadi imam solat, menerima harta waris yang lebih banyak dsb. Sebaliknya kedua-dua mereka, lelaki dan wanita adalah pemimpin, atau tidak ada yang memimpin dan tidak ada yang dipimpin. Sebuah bahtera akan tenggelam apabila ada dua nakhoda, juga apabila tidak ada nakhoda sama sekali. Jelas fahaman ini akan membawa kepada keruntuhan institusi rumah tangga. Kita tidak boleh menerima idea ini lalu memberikan makna kita sendiri yang berlainan dari apa yang dimaksudkan oleh pencanang idea tersebut. Dengan kata lain, seorang Muslim tidak sepatutnya menerima idea kesetaraan gender kerana konsep kesetaraan gender itu bertentangan dengan hukum Islam. Untuk perbahasan yang lebih mendalam sila rujuk makalah saya bertajuk Konsep Kesetaraan Gender Menurut Perspektif Islam dan Barat dalam jurnal Afkar UM: https://ejournal.um.edu.my/index.../afkar/article/view/21508
4. Islam menawarkan alternatif yang lebih baik daripada kesetaraan gender (gender equality) iaitu konsep keadilan. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang benar. Lelaki ada tempatnya yang sesuai dengan fitrahnya iaitu menjadi pemimpin keluarga. Perempuan ada tempatnya yang sesuai dengan fitrahnya dalam keluarga iatu menjadi pengurus rumah tangga. Lelaki perlu memainkan peranan sebagai pemimpin dan wanita perlu memainkan peranan sebagai pengikut yang baik. Pengikut yang baik adalah yang taat kepada pemimpin ketika ia benar, dan mampu menegur pemimpin dengan hikmah ketika ia melakukan kesilapan. Ketaatan kepada pemimpin adalah wajib selama ianya sesuai dengan kehendak syara’. Baik yang memimpin mahupun yang dipimpin tidak lebih baik di sisi Allah, dan tidak dijamin syurga. Apa yang penting setiap pihak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya, agar keadilan tercapai. Masing-masing pihak tidak menzalimi yang lain kerana semuanya akan diperhitungkan di akhirat. Kesejahteraan dan keberhasilan rumah tangga bergantung kepada kedua-dua pihak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan saling berkerjasama. Ini bermakna persoalan asasi yang perlu difikirkan dan diusahakan adalah bagaimana memastikan lelaki-lelaki yang berkahwin mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin rumah tangga yang adil dan baik. Dan wanita mampu menjadi pengurus sekaligus menjadi pengikut yang baik. Idea kesetaraan gender yang dicanangkan di Barat hanya menimbulkan lebih banyak masalah, dan tidak sama sekali membantu mengatasi isu keruntuhan institusi keluarga.
Maka tidak sewajarnya wujud kecenderungan sebahagian orang Islam yang lebih gemar mengikut idea asing yang bertentangan dengan Islam daripada idea yang lebih baik yang diketengahkan oleh Islam sendiri.



Jumaat, 4 Jun 2021

Mencari Sinar Harapan semasa PKP 3.0

 


Kadang-kadang hanya memerlukan sedikit harapan untuk anda mengalami permulaan perubahan atau melangkah menuju kebahagiaan. Ramai di antara kita perlu mencari harapan pada masa-masa gelap, tetapi seringkali sukar untuk membuka jalan menuju harapan ketika kita sangat memerlukannya. Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk mendapatkan sinar harapan untuk mengubah hidup anda dan mengubah perspektif apabila anda sangat memerlukannya:


Membalik perspektif anda:

Mencari sinar harapan sering bermula dengan anda mengubah perspektif anda. Mengubah perspektif anda akan membolehkan anda mula mencari tempat penyembuhan dan mengenali beberapa tingkah laku yang membuat anda berada dalam keadaan putus asa.


Melihat ke arah yang cerah dan bersedia untuk berubah atau perspektif dapat membuat anda berada di bawah jalan untuk melihat perasaan harapan awal dalam hidup anda.


Kelilingi diri anda dengan orang positif:

Mengubah perspektif anda sering kali bermaksud mencari optimisme, dan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan optimisme adalah dengan mengelilingi diri anda dengan orang yang positif. Dikelilingi oleh orang yang positif boleh menjadi cara yang baik untuk mengembalikan diri anda ke posisi yang penuh harapan.


Pergi ke tempat-tempat yang membuat anda merasa senang, bawa orang-orang yang membuat anda merasa yang terbaik, dan sertai aktiviti yang membuat anda merasa yang terbaik.


Semasa anda terus mengelilingi diri anda dengan orang yang positif, anda dapat mulai melihat sinar harapan untuk memasuki kehidupan anda walaupun setelah sesuatu yang sukar.



Fikirkan ke mana anda akan pergi:

Perubahan perspektif anda dan perbezaan gaya hidup anda selalunya bermaksud idea untuk menjadi orang yang lebih positif. Apabila anda memikirkan ke mana anda akan pergi dan jenis orang yang akan menjadi pilihan anda pada masa akan datang, ini sering kali dapat membantu dengan perasaan putus asa.


Hargai apa yang ada di sekitar anda dan praktikkan perhatian:

Pertimbangkan aspek positif dalam hidup anda dan barang-barang yang ada di sekitar anda yang anda harapkan. Anda mungkin menghargai pekerjaan, rumah, atau rakan anda dalam hidup anda.


Oleh kerana anda mempertimbangkan pelbagai aspek dalam kehidupan anda dan apa yang paling anda hargai, ini dapat menjadikan anda berada dalam kedudukan di mana anda dapat merasa lebih berharap akan aspek-aspek lain dalam hidup anda.


Mulakan jurnal:

Salah satu cara terbaik untuk mencari harapan adalah dengan merakam tempat di mana anda berada. Melihat kembali catatan jurnal dari masa positif atau kenangan gembira dapat memberi anda harapan untuk masa depan.


Mengingat sebilangan entri masa lalu anda akan memulakan sinar harapan, dan kemudian terus berkongsi apa yang anda syukuri di entri akan datang akan membantu anda menjana strategi untuk terus maju dalam hidup anda. Menyusun beberapa pengalaman anda dengan jurnal boleh menjadi pengalaman yang sangat membantu.


Tumpukan semula tenaga negatif anda:

Sekiranya anda merasa sangat negatif, kaedah pengalihan boleh menjadi sangat bermanfaat. Sama ada menggunakan teknik bernafas, berlari ketika anda merasa sedih, atau memilih untuk memfokuskan semula tenaga negatif anda menjadi tugas positif, anda dapat mengalami perbezaan ketika anda memfokuskan kembali tenaga negatif anda.


Banyak orang dapat mengabadikan keputusasaan ketika mereka memilih untuk menurunkannya dan terus lumpuh oleh keputusasaan mereka. Memilih untuk bertindak dan menyelami beberapa perasaan negatif anda, boleh menjadi penting untuk menghasilkan peningkatan pada masa depan anda.


Menolong orang lain yang berada di tempat yang lebih teruk:

Meluangkan masa untuk menolong tunawisma (homeless) atau menolong orang lain dalam komuniti boleh menjadi pilihan yang bijak ketika meningkatkan perasaan putus asa. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam keadaan di mana anda akan selalu bermasalah dan dalam keadaan negatif, memaksa diri anda untuk menolong orang lain dapat memberi anda perspektif segera.


Meluangkan sedikit masa untuk memberi makan kepada para gelandangan atau bantuan dalam organisasi masyarakat dapat memberi anda perspektif tentang betapa beruntungnya anda dan kehidupan anda dan bagaimana anda dapat berusaha meningkatkan kehidupan anda untuk masa depan.