Memaparkan catatan dengan label diabetis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diabetis. Papar semua catatan

Rabu, 22 Januari 2025

CARA REVERSE INSULIN RESISTANCE

 

Insulin resistance (rintangan insulin) berlaku apabila sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap hormon insulin, menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Keadaan ini boleh membawa kepada pra-diabetes atau diabetes jenis 2. Untuk mengatasi masalah ini, diet, senaman, dan perubahan gaya hidup yang sistematik boleh membantu. Berikut adalah perincian langkah-langkah untuk membantu anda:

 

1. Diet untuk Reverse Insulin Resistance

Kurangkan Karbohidrat Proses

  • Mengapa: Karbohidrat proses seperti nasi putih, roti putih, dan makanan segera menyebabkan lonjakan mendadak dalam gula darah.
  • Alternatif: Gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti nasi perang, ubi keledek, atau oat. Karbohidrat ini lebih lambat dicerna, mengelakkan lonjakan gula darah.

Rajah 1: Perbandingan Karbohidrat Proses vs. Kompleks

  • Karbo Proses: Nasi putih, mee segera, kek.
    • Indeks Glisemik: Tinggi.
  • Karbo Kompleks: Nasi perang, oat, quinoa.
    • Indeks Glisemik: Rendah.

Tingkatkan Pengambilan Protein

  • Mengapa: Protein membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kenyang.
  • Sumber Protein: Ayam, ikan, telur, dan tofu.

Tambahkan Lemak Sihat

  • Mengapa: Lemak sihat membantu kawalan hormon dan memberi tenaga tanpa menaikkan gula darah.
  • Contoh: Avokado, minyak zaitun, kekacang.

Pengambilan Serat Tinggi

  • Mengapa: Serat memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah.
  • Sumber Serat: Sayur-sayuran hijau, buah beri, biji chia.

Carta 1: Komponen Diet Sihat untuk Reverse Insulin Resistance

Komponen

Sumber Makanan

Kesan

Karbo Kompleks

Nasi perang, oat, ubi keledek

Stabilkan gula darah

Protein

Ayam, ikan, tofu, telur

Tingkatkan kenyang & stabilkan insulin

Lemak Sihat

Avokado, kekacang, minyak zaitun

Kawal hormon & tenaga

Serat Tinggi

Sayur hijau, buah beri, biji chia

Perlahan pelepasan gula dalam darah

 

2. Senaman untuk Reverse Insulin Resistance

Latihan Kekuatan

  • Mengapa: Membantu sel menggunakan glukosa lebih efisien.
  • Contoh: Squat, plank, angkat beban.

Kardio Sederhana

  • Mengapa: Membakar kalori dan membantu kawalan berat badan.
  • Contoh: Jalan laju, jogging, cycling.

HIIT (High-Intensity Interval Training)

  • Mengapa: Gabungan intensiti tinggi dan rehat pendek meningkatkan sensitiviti insulin.
  • Cadangan: Lakukan 3-5 sesi seminggu selama 20-30 minit.

Rajah 2: Manfaat Pelbagai Jenis Senaman untuk Insulin Sensitivity

  • Latihan Kekuatan: Peningkatan otot.
  • Kardio: Penurunan berat badan.
  • HIIT: Penurunan gula darah segera.

 

3. Makanan Tambahan yang Membantu

Cuka Epal

  • Minum 1-2 sudu besar dengan air sebelum makan.
  • Mengawal kenaikan gula darah selepas makan.

Kayu Manis

  • Tambahkan dalam makanan atau minuman untuk meningkatkan sensitiviti insulin.

Makanan Kaya Magnesium

  • Sumber: Bayam, badam.
  • Penting untuk fungsi insulin.

Omega-3

  • Sumber: Ikan salmon, flaxseed.
  • Mengurangkan keradangan.

Carta 2: Makanan Tambahan yang Disarankan

Makanan Tambahan

Sumber

Manfaat

Cuka Epal

Cuka epal organik

Kawal gula darah selepas makan

Kayu Manis

Rempah

Tingkatkan sensitiviti insulin

Magnesium

Bayam, badam

Penting untuk fungsi insulin

Omega-3

Ikan salmon

Kurangkan keradangan, tingkatkan insulin

 

4. Gaya Hidup untuk Reverse Insulin Resistance

Tidur Cukup

  • Kurang tidur meningkatkan hormon lapar (ghrelin) dan merangsang insulin resistance.
  • Saranan: 7-8 jam sehari.

Kawal Stres

  • Stres menaikkan kortisol yang mengganggu insulin.
  • Aktiviti seperti meditasi, yoga, atau hobi membantu.

Kekal Aktif

  • Bergerak sepanjang hari seperti menaiki tangga dan berjalan selepas makan.

Carta 3: Hubungan Antara Gaya Hidup dan Insulin Resistance

Faktor Gaya Hidup

Tindakan

Kesan

Tidur

Tidur 7-8 jam sehari

Stabilkan hormon dan insulin

Stres

Meditasi, senaman ringan

Turunkan kortisol, tingkatkan insulin

Aktiviti Harian

Tambah langkah, naik tangga

Tingkatkan metabolisme

 

5. Tempoh untuk Melihat Perubahan

  1. Perubahan awal boleh dilihat dalam 2-4 minggu jika konsisten.
  2. Peningkatan lebih besar biasanya berlaku dalam masa 3-6 bulan.

Kesimpulan: Mengatasi insulin resistance memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan diet sihat, senaman berkala, makanan tambahan, dan gaya hidup yang aktif. Konsistensi adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang!


Ahad, 19 Januari 2025

KHASIAT BENDI

Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah
Bila aku tanya apa rahsia dia...
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn
Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2
Caranya mudah dan murah sj :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬
Selamat mencuba
16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
✔Mencuci hati.
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang
Sumber : dara anggun

Selasa, 15 Jun 2021

C2JOY TESTIMONI

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillah..



Perkongsian pengalaman saya sendiri bersama C2Joy.

5 Jan 2021 mula minum dan amalkan secara istiqomah untuk penyakit2 yang saya sendiri alami:

1. Sakit saraf belikat ( belakang)

2. Sakit badan dan otot-otot.

3. Gastrik 

4. Migraine 

5. Resdung/ sinus

6. Enzyme 


Pengalaman PERTAMA sakit saraf ni amat perik rasanya dan senak di belikat atau belakang bahu amat lah sakit sehingga naik ke kepala dan akibatnya sakit kepala senang sahaja terkena. Dengan kata lain salah sikit sahaja pergerakan boleh buat sakit saraf berlaku. 

Alhamdulillah dengan c2Joy selama 2 bulan istiqomah kerana asbab susu C2Joy sakit saraf saya semakin baik kerana apabila terkena tidak lah lama untuk sembuh kembali, dan dapat rasa kelegaannya yang ketara. Saya dapat rasa seperti ada pergerakan darah dan rasa panas atas belakang. Sehingga kini sakit sarat tiada lagi. Sakit badan dan otot-otot juga hilang dan senang untuk tidur kerana betis tidak sakit dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah 


Pengalaman kedua Gastrik, MasyaAllah sakit teramat apabila kritikal. Jam 3 pagi ke 7-eleven cari Gavisscon kalau kena gastrik ni. Nak minum kopi pagi tak boleh nanti angin sangkut macam tak lepas sendawa dan amat pedih bila sendawa sikit2. Saya pun tak sedar gastrik hilang dan sedap jer minum kopi pagi2. Alhamdulillah asbab minum susu c2joy dengan istiqomah makanya Gastrik sembuh.


Pengalaman ketiga Migraine atau sakit kepala sangat-sangat. Apabila sakit kepala kena ni biasa 2 - 3 hari sakit x reda-reda dan kalau makan ubat biasa2 tak hilang. Perlu cari ubat utk migraine barulah okay. 2 bulan minum C2Joy tak perasan migraine ni sudah tak kena dan kalau ada sakit kepala selepas mandi akan rasa lega dan sembuh. 


Pengalaman keempat, Resdung dan Sinus ni yang best. Setelah 2 bulan juga utk saya lah kesannya dapat dirasai. Minum dan hidu debu2 Kolostrum semasa membancuh susu ni. Resdung yang teruk, bau jer minyak wangi bersin dan hidung mula berair, alahan habuk, suhu badan, cuaca, setiap pagi hidung berair. Susah dan segan bila kena, nak pakai minyak wangi pun tak boleh, minyak rambut pun tidak boleh. Sebab tu lah rambut saya serabai jer ni. Haha.. alhamdulillah dgn izin Allah sinus semakin pulih dan saya rasa segar dan berkeyakinan diri mula cuba minyak wangi dan minyak rambut alhamdulillah boleh pakai dan tidak terus bersin. Hidung pun pagi2 bangun tidak berair dan rasa kering sahaja. Tidak alahan sangat pada habuk dan tak rasa gatal2 pada tangan walaupun terkena habuk. Alhamdulillah 


Pengalaman kelima ni adalah anak saya ada enzyme kering. Anak sebelum ni enzyme berdarah atau berair. Post sebelum ni sudah ada ceritanya keberkesanan merawat enzyme. Yang penting istiqomah beri minum seteguk dua atau minum bersama2 semasa kita minum C2Joy. Sebab kanak2 bawah 9 tahun hanya separuh sacket sahaja. Lagipun ank kecil umur bawah setahun tak minum banyak, hanya seteguk dua sahaja. Buih2 yang baki pada cawan shaker saya gosokkan sehingga kering melekit menjadi kering dan licin. Alhamdulillah semua dgn izin Allah sembuh. 


Healings Crisis:

Perlu tahu akibatnya apabila kita istiqomah minum maka badan kita mula bertindak balas untuk proses penyembuhan. Di mana badan mula membina sel baru, menyikirkan toksid dalam badan, membunuh kuman, bakteria dan virus yang ada dalam badan dan menyikirkan bendasing yang ada dlm badan kita. Kesannya pada saya adalah:

1. Sakit saraf : badan menjadi lemah dan rasa mengatuk yang teramat, ini kerana badan perlu rehat secukupnya utk penyembuhan saraf dan otot-otot badan.

2. Migraine: kepala terasa sangat sakit selama 2 hari dan saya atasi dengan booster C2Joy 2 sachet dgn 200ml air. Alhamdulillah okay.

3. Gastrik: perut menjadi susah nak buang air, penyingkiran toksid najis berketul-ketul keluar dan buang air keras. Alhamdulillah selepas itu akan lebih senang dan lawas.

4. Resdung: ada berlaku kahak atau ketulan lendir seperti berakar keluar setelah hembus buang selesema, hidung berair dan bersin2. Selepas itu menjadi kering. Cara atasi utk selesa gunakan air panas masukkan menthol crystal dan bunga cengkih dalam air panas tadi dan hidu wap air dgn selibung dgn tuala tutup kepala dan air tadi. 

5. Enzyme: berlaku badan anak berpasir rasa kasar biji-biji naik di belakang leher dan depan badan. Jangan panik buat seperti biasa gosok dgn buih susu c2joy gosok sehingga kering dan licin. InsyaAllah yang kasar tadi tanggal dan menjadi licin dan gebu kulit anak. 


Terima kasih kepada Brolan kerana perkenalkan susu C2joy kepada saya.


#Testimoni AliPD