Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2026

Tidur Dalam Bilik Sejuk Boleh Bakar Lemak Dan Panjangkan Umur

 




Bilik tidur yang sejuk lebih daripada sekadar selesa. Kajian dari National Institutes of Health dapati suhu sekitar 19 darjah Celsius boleh bantu tingkatkan lemak coklat dalam badan. Ini jenis lemak yang bakar kalori untuk hasilkan haba, bukan simpan lemak macam lemak biasa.


Lemak coklat aktif bantu turunkan berat badan secara semula jadi dan perbaiki sensitiviti insulin. Bila badan lebih sensitif pada insulin, risiko diabetes dan masalah metabolik lain pun turun. Kajian ni juga tunjuk perubahan ni boleh berlaku walaupun tanpa ubah gaya pemakanan secara drastik.


Tidur dalam suhu sejuk juga bantu turunkan suhu teras badan dengan cara yang selamat. Ini penting sebab ia aktifkan pengeluaran melatonin, hormon yang bantu kita tidur lebih nyenyak dan dalam. Bila tidur lebih dalam, badan sempat baiki sel, tingkatkan imun dan bantu otak berehat betul-betul.


Melatonin ada kaitan rapat dengan ketahanan sel badan. Bila hormon ni seimbang dan tidur mencukupi, risiko penyakit kronik macam jantung, tekanan darah tinggi dan dementia boleh berkurang. Sebab tu, orang yang jaga rutin tidur cenderung hidup lebih lama dan sihat.


Ramai tak sedar, hanya dengan turunkan suhu bilik waktu malam pun boleh jadi tabiat kesihatan yang besar impaknya. Tak perlu ubah banyak perkara pun, cuma ubah suhu je dulu.


Lemak coklat biasanya aktif dalam bayi dan haiwan yang duduk di persekitaran sejuk. Tapi kajian ni tunjuk orang dewasa pun masih boleh aktifkan semula lemak ni kalau tidur dalam bilik yang lebih sejuk dari biasa.


Suhu yang sejuk jugak buat badan rasa lebih tenang, jantung berdegup lebih perlahan dan tekanan darah turun secara semula jadi. Ini semua elemen yang bantu badan masuk ke fasa rehat paling berkualiti.


Kalau setiap malam kita biar suhu bilik terlalu panas, ia boleh ganggu irama tidur dan buat kita kerap terjaga. Tidur yang tak cukup atau tak berkualiti boleh jejaskan tenaga, mood dan juga berat badan keesokan harinya.


Dengan hanya satu perubahan kecil, tubuh kita boleh mula seimbangkan hormon, kurangkan stres dalaman dan mungkin bantu cegah beberapa penyakit yang selalu dikaitkan dengan umur.


Bayangkan kalau setiap malam kita beri peluang pada tubuh untuk buat ‘reset’ secara semula jadi hanya dengan sejukkan bilik. Ini bukan mitos kesihatan, ini fakta saintifik yang dah diuji.


Kalau rasa letih sepanjang hari walaupun tidur lama, mungkin suhu bilik adalah puncanya. Cuba malam ni ubah sedikit suhu penghawa dingin dan lihat beza yang dirasa esok pagi.


Bilik yang sejuk bantu minda dan badan berfungsi lebih baik. Ini pelaburan mudah untuk kesihatan jangka panjang yang tak perlu kos mahal pun.


Jadi sebelum tidur malam ni, fikir semula suhu bilik. Mungkin di situlah kunci kepada berat badan ideal, tenaga yang stabil dan kesihatan yang lebih baik sepanjang usia.

Sabtu, 3 Mei 2025

KELEBIHAN TIDUR BERPELUKAN DENGAN PASANGAN YANG SAH




Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.
.
Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
.
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;
.
1. Mencegah Stress
.
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.
.
Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
.
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
.
3 . Tidur Lebih Nyenyak
.
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
.
4. Baik Untuk Jantung
.
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
.
5. Bangun Penuh Bertenaga
.
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
.
6. Panjang Umur
.
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.
.
Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
.
Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.