Tips Membeli Tayar / Pilihan Tayar China
Jenis Corak Bunga Tayar & Fungsinya

Tips
Bunga tayar perlu di pilih betul, andai tak betul bila launching steering lari ke kiri / kanan.
Alignment nak dapat cantik pun susah.
Kalau sambutan bagus nanti aku belanja satu video test kat highway.
Pilihan korang yang mana?
1. Directional Tread (Corak Arah Sehala)
Corak ini membentuk bentuk "V" atau anak panah.

Direka untuk berputar hanya dalam satu arah
Corak membantu mengalirkan air ke luar dari tengah tayar

Cengkaman sangat baik di jalan basah
Kurang risiko aquaplaning
Sesuai untuk pemanduan laju dan berprestasi tinggi

Tidak boleh tukar posisi tayar sesuka hati (perlu ikut arah)
Lebih cepat haus jika tidak dipasang betul
2. Symmetrical Tread (Corak Simetri)
Corak bunga yang sama di kedua-dua sisi tayar.

Bahagian dalam dan luar tayar mempunyai corak yang serupa
Tayar paling mudah diselenggara

Tahan lama dan senyap
Mudah ditukar posisi (rotation)
Harga lebih mesra bajet
Sesuai untuk pemanduan harian

Kurang cengkaman jika dibandingkan dengan corak lain pada kelajuan tinggi atau jalan basah
3. Asymmetrical Tread (Corak Tidak Simetri)
Corak bunga berbeza di sebelah dalam dan luar tayar.

Bahagian luar biasanya untuk cengkaman ketika selekoh
Bahagian dalam untuk aliran air dan kestabilan

Gabungan prestasi kering dan basah
Cengkaman baik ketika membelok
Stabil dan selesa untuk pemanduan jauh atau agresif

Pemasangan mesti betul (ikut label “Inside” dan “Outside”)
Harga biasanya lebih tinggi


1. Directional Tread (Corak Arah Sehala)
Contoh Jenama & Model:
Bridgestone – Potenza RE003
Goodyear – Eagle F1 GS-D3
Toyo Tires – Proxes R1R
Yokohama – ADVAN A048
Falken – Azenis RT615K+
Michelin – Pilot Sport Cup (versi tertentu)




Contoh Jenama & Model:
Silverstone – Kruizer 1 NS500
GT Radial – Champiro Eco
Kumho – Solus TA11
Hankook – Optimo K715
Dunlop – SP Touring R1
Firestone – FR500




Contoh Jenama & Model:
Michelin – Pilot Sport 4 / PS5
Continental – ContiSportContact 5 / 6
Pirelli – P Zero
Bridgestone – Turanza T005A
Goodyear – Eagle F1 Asymmetric 5
Yokohama – ADVAN Sport V105

Ringkas Tapi Power
Nombor treadwear biasanya ditulis atas tayar, contoh: TREADWEAR 300.
Lagi tinggi nombor, lagi tahan lama, tapi selalunya kurang grip.
Contoh:
Treadwear 200–300: sesuai untuk grip baik, daily + performance.
Treadwear 400 ke atas: untuk tahan lama, jimat – tapi tak sesuai kalau nak hard corner.
2. Traction Rating – AA, A, B, C
Menunjukkan cengkaman atas jalan basah.
AA paling cemerlang, diikuti A, B, dan C.
Pilih AA atau A kalau kau selalu drive masa hujan, atau nak tayar selamat masa emergency brake.
3. Speed Rating
Huruf yang menunjukkan maksimum kelajuan selamat untuk tayar tu.
Contoh:
H = 210 km/h
V = 240 km/h
W = 270 km/h
Y = 300 km/h
Untuk kereta biasa, H atau V dah cukup. Kalau ada niat nak lenjan highway, pilih rating lebih tinggi.
4. Profile – Sisi Tayar
Contoh: 195/50R15 → 50 tu profile tayar (tinggi sisi).
Lagi rendah profile, lagi tayar nampak sporty & handling baik – tapi kurang selesa dan mudah rosak kalau langgar lubang.
Lagi tinggi profile, lebih selesa & tahan hentakan, sesuai untuk daily drive.
5. Bunga Tayar – Corak Grip
Bunga bukan sekadar gaya, tapi main peranan besar:
Bunga simetri – tahan lama, lebih senyap, sesuai daily.
Asimetri – prestasi baik atas jalan basah & kering, grip lebih mantap
6. Longkang Tayar – Saluran Air
Longkang = groove tayar yang buang air hujan keluar dari tapak.
Lagi dalam dan banyak longkang = lebih baik untuk anti aquaplaning.
Kalau tayar dah haus sampai longkang tinggal sikit – cepat-cepat tukar, terutamanya musim hujan.

Sentiasa check tarikh tayar – tengok 4 digit akhir (contoh: 2323 = minggu ke-23, tahun 2023).
Jangan beli tayar lebih dari 3 tahun dari tarikh dibuat walaupun masih ‘baru’.
Pastikan saiz tayar ikut spesifikasi kereta jangan main sumbat saja sebab boleh ganggu ABS, FC & ride comfort.
Tayar budget tapi power sebab dah guna aku kongsikan... Dalam group MPV selalu sangat naik topik ni.
Tayar Windforce Catchfors UHP ialah pilihan bajet dalam kategori Ultra High Performance (UHP), sesuai untuk pemandu yang mahukan prestasi tinggi tanpa membebankan poket. Ia menawarkan ciri-ciri yang kompetitif dalam segmen tayar prestasi tinggi.

Reka Bentuk Tapak:
Empat alur utama dan sipes halus membantu dalam penyaliran air, meningkatkan prestasi di jalan basah.
Blok bahu berterusan memberikan kestabilan semasa membelok pada kelajuan tinggi.
Kompaun Tapak:
Diformulasi khas untuk cengkaman yang baik di jalan kering dan basah, serta mengurangkan rintangan gelinciran, menjimatkan penggunaan bahan api.
Ciri Tambahan:
Dinding alur bergerigi menyerap bunyi, memberikan perjalanan yang lebih senyap.
Pelindung rim membantu melindungi roda daripada kerosakan akibat hentaman.

Treadwear: 280 (ketahanan sederhana) (sebab murah aku pakai ni)
Traction: AA (cengkaman tinggi)
Temperature: A (rintangan haba baik)
Kelajuan Maksimum: Rating W/Y (270–300 km/h)
Saiz Tersedia: Dari 16" hingga 20", termasuk saiz popular seperti 215/45ZR17, 225/45ZR17, dan 235/40ZR18
Satu lagi tayar China yang boleh pakai
Tayar Massimo Ottima Plus ialah tayar musim panas berprestasi tinggi yang direka untuk kereta penumpang, menawarkan keseimbangan antara prestasi, keselamatan, dan keselesaan dengan harga yang berpatutan.

Reka Bentuk Tapak: Asimetrik dengan empat alur utama yang lebar untuk penyaliran air yang efisien, meningkatkan cengkaman di jalan basah dan kestabilan pemanduan.
Rib Tengah: Lebar dengan alur halus untuk meningkatkan ketegaran tayar, mengoptimumkan pemanduan lurus dan pada kelajuan tinggi.
Reka Bentuk Bahu: Memberikan pengendalian yang luar biasa dan keselamatan.
Pengurangan Bunyi: Reka bentuk tapak yang dioptimumkan melalui analisis komputer untuk mengurangkan bunyi tayar dengan ketara.

UTQG: 320–380 AA (bergantung pada saiz)
Rintangan Gelinciran (RR): Kelas C
Massimo Ottima Plus tersedia dalam pelbagai saiz, termasuk:
13 inci: 175/70R13, 185/70R13
14 inci: 165/55R14, 175/65R14, 185/70R14
15 inci: 185/55R15, 195/50R15, 195/65R15
16 inci: 195/45R16, 205/55R16, 215/55R16
17 inci: 205/45R17, 225/45R17, 235/45R17
18 inci: 225/40R18, 235/45R18, 245/45R18
Cengkaman Basah: Kelas B
Tahap Bunyi: 68–70 dB
Indeks Kelajuan (SR): T hingga Y (bergantung pada saiz)
Indeks Beban (LI): Bervariasi mengikut saiz
Disclaimer: Bacaan ni tidak sesuai pada yang main tayar branded / budget lebih dsbgnya.Sekadar berkongsi info dan maklumat pada yang mencari tayar murah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan