Selasa, 9 Disember 2025

TELUR MEMILIH SPERMA YANG PALING SERASI

 


Selama ini ramai membayangkan proses persenyawaan sebagai satu perlumbaan besar di mana jutaan sperma berlumba ke arah telur, dan sperma yang paling laju akan menang. Namun kajian reproduksi moden menunjukkan bahawa proses sebenar jauh lebih kompleks dan lebih “bijak” daripada apa yang kita selalu dengar.

Dalam tubuh wanita, telur (oocyte) bukan sekadar menunggu sperma pertama yang sampai. Sebaliknya, telur mempunyai keupayaan biologi untuk memilih sperma mana yang paling layak untuk masuk. Ini bermula dengan cara telur dan sel-sel di sekelilingnya melepaskan bahan kimia tertentu dipanggil chemoattractants. Bahan inilah yang menarik sperma mendekat serta membantu mengarahkan pergerakan sperma ke tempat yang betul. Ia bukan tarikan yang sama kepada semua sperma; ada sperma yang memberi respon kuat dan ada sperma yang langsung tidak memberi tindak balas. Situasi ini berlaku walaupun sperma datang daripada lelaki yang sama.
Dalam masa yang sama, terdapat “komunikasi halus” antara sperma dan telur melalui isyarat molekul. Isyarat ini berlaku pada tahap yang kita tak boleh lihat, melibatkan perubahan kecil pada permukaan sel, pergerakan ion dan maklumat yang dihantar daripada satu sel kepada sel lain. Melalui komunikasi inilah telur dapat mengesan mana satu sperma yang paling sesuai, paling stabil, dan paling berpotensi menghasilkan embrio yang sihat.
Kajian juga menunjukkan bahawa telur mungkin memberi keutamaan kepada sperma yang lebih serasi dari sudut genetik, terutamanya melibatkan sistem keserasian seperti HLA. Keserasian inilah yang boleh meningkatkan peluang persenyawaan berjaya dan perkembangan embrio yang normal. Sebab itu kadang-kadang ada pasangan kelihatan sihat tetapi masih sukar mendapatkan zuriat bukan kerana salah seseorang, tetapi kerana gamet mereka tidak serasi pada tahap biologi yang sangat halus.
Sebenarnya, proses persenyawaan bukan tentang siapa paling cepat, tetapi tentang keserasian biologi yang dipilih oleh tubuh secara semula jadi. Kehidupan bermula dengan proses pemilihan, komunikasi dan keseimbangan yang sangat teliti. Ia mengingatkan kita bahawa kita wujud bukan sekadar kerana satu sperma yang menang perlumbaan, tetapi kerana tubuh memilih yang paling sesuai untuk menghasilkan kehidupan yang terbaik.
Rujukan Kajian:
• eLife — Human eggs use chemoattractants to guide sperm
• Nature Communications — Molecular communication between oocyte and sperm
• Scientific American — Modern insights into fertility and gamete selection
• BBC Science — Evidence that eggs may prefer genetically compatible sperm
#munidaleo
x

Isnin, 8 Disember 2025

TANDA-TANDA BADAN KITA MENGALAMI LEBIHAN GULA

 1. Selalu haus dan kerap kencing

Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air
2. Cepat letih dan mudah mengantuk
Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.
Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau
3. Penglihatan kabur
Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas
4. Selera makan naik tak berhenti
Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok
5. Kerap sariawan atau gigi selalu bermasalah
Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi
6. Luka lambat sembuh
Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel
7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak
Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat
8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas
Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin
9. Rasa kebas atau semut-semut di tangan dan kaki
Gula tinggi lama-lama boleh rosakkan saraf
Apa yang patut buat dulu?
Perbetulkan cara makan, amalkan makanan sihat, cuba puasa, rajin bergerak, cukup minum air, elakkan makanan yang melonjakkan gula darah, dan boleh amalkan ramuan kampung di bawah ni
Resepi alami bantu turunkan gula darah
1. Air rebus daun salam + kayu manis
Bahan :
• 7 helai daun salam
• 1 batang kayu manis
• 400 ml air
Cara buat :
• Rebus semua bahan sampai air tinggal separuh
• Tapis dan minum waktu hangat, 2 kali sehari (pagi & petang)
Manfaat :
Daun salam bantu stabilkan gula darah, kayu manis tolong kuatkan fungsi insulin
2. Air lemon infused + kayu manis
Bahan :
• 1/2 biji lemon
• 1 batang kayu manis
• 500 ml air
Cara buat :
• Hiris lemon, masuk dalam botol dengan kayu manis
• Simpan 3–4 jam dalam peti
• Minum sepanjang hari
Manfaat :
Bantu kurangkan resistensi insulin dan lancarkan metabolisme
3. Madu bawang putih
Bahan :
• 5 ulas bawang putih, diketuk
• 5 sudu besar madu asli
Cara buat :
• Campur bawang putih dan madu dalam bekas kaca
• Perap 3 hari
• Ambil 1 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan
Manfaat :
Madu bantu jaga kadar gula, bawang putih kuatkan sensitiviti insulin
4. Jus peria + limau nipis
Bahan :
• 1 biji peria (buang biji, rendam air garam 10 minit)
• 1/2 limau nipis
• 200 ml air
Cara buat :
• Kisar peria dengan air
• Tapis, perah limau nipis
• Minum 3 kali seminggu
Manfaat :
Peria ada bahan charantin yang bantu turunkan gula darah