C2JOY TESTIMONI

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillah..



Perkongsian pengalaman saya sendiri bersama C2Joy.

5 Jan 2021 mula minum dan amalkan secara istiqomah untuk penyakit2 yang saya sendiri alami:

1. Sakit saraf belikat ( belakang)

2. Sakit badan dan otot-otot.

3. Gastrik 

4. Migraine 

5. Resdung/ sinus

6. Enzyme 


Pengalaman PERTAMA sakit saraf ni amat perik rasanya dan senak di belikat atau belakang bahu amat lah sakit sehingga naik ke kepala dan akibatnya sakit kepala senang sahaja terkena. Dengan kata lain salah sikit sahaja pergerakan boleh buat sakit saraf berlaku. 

Alhamdulillah dengan c2Joy selama 2 bulan istiqomah kerana asbab susu C2Joy sakit saraf saya semakin baik kerana apabila terkena tidak lah lama untuk sembuh kembali, dan dapat rasa kelegaannya yang ketara. Saya dapat rasa seperti ada pergerakan darah dan rasa panas atas belakang. Sehingga kini sakit sarat tiada lagi. Sakit badan dan otot-otot juga hilang dan senang untuk tidur kerana betis tidak sakit dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah 


Pengalaman kedua Gastrik, MasyaAllah sakit teramat apabila kritikal. Jam 3 pagi ke 7-eleven cari Gavisscon kalau kena gastrik ni. Nak minum kopi pagi tak boleh nanti angin sangkut macam tak lepas sendawa dan amat pedih bila sendawa sikit2. Saya pun tak sedar gastrik hilang dan sedap jer minum kopi pagi2. Alhamdulillah asbab minum susu c2joy dengan istiqomah makanya Gastrik sembuh.


Pengalaman ketiga Migraine atau sakit kepala sangat-sangat. Apabila sakit kepala kena ni biasa 2 - 3 hari sakit x reda-reda dan kalau makan ubat biasa2 tak hilang. Perlu cari ubat utk migraine barulah okay. 2 bulan minum C2Joy tak perasan migraine ni sudah tak kena dan kalau ada sakit kepala selepas mandi akan rasa lega dan sembuh. 


Pengalaman keempat, Resdung dan Sinus ni yang best. Setelah 2 bulan juga utk saya lah kesannya dapat dirasai. Minum dan hidu debu2 Kolostrum semasa membancuh susu ni. Resdung yang teruk, bau jer minyak wangi bersin dan hidung mula berair, alahan habuk, suhu badan, cuaca, setiap pagi hidung berair. Susah dan segan bila kena, nak pakai minyak wangi pun tak boleh, minyak rambut pun tidak boleh. Sebab tu lah rambut saya serabai jer ni. Haha.. alhamdulillah dgn izin Allah sinus semakin pulih dan saya rasa segar dan berkeyakinan diri mula cuba minyak wangi dan minyak rambut alhamdulillah boleh pakai dan tidak terus bersin. Hidung pun pagi2 bangun tidak berair dan rasa kering sahaja. Tidak alahan sangat pada habuk dan tak rasa gatal2 pada tangan walaupun terkena habuk. Alhamdulillah 


Pengalaman kelima ni adalah anak saya ada enzyme kering. Anak sebelum ni enzyme berdarah atau berair. Post sebelum ni sudah ada ceritanya keberkesanan merawat enzyme. Yang penting istiqomah beri minum seteguk dua atau minum bersama2 semasa kita minum C2Joy. Sebab kanak2 bawah 9 tahun hanya separuh sacket sahaja. Lagipun ank kecil umur bawah setahun tak minum banyak, hanya seteguk dua sahaja. Buih2 yang baki pada cawan shaker saya gosokkan sehingga kering melekit menjadi kering dan licin. Alhamdulillah semua dgn izin Allah sembuh. 


Healings Crisis:

Perlu tahu akibatnya apabila kita istiqomah minum maka badan kita mula bertindak balas untuk proses penyembuhan. Di mana badan mula membina sel baru, menyikirkan toksid dalam badan, membunuh kuman, bakteria dan virus yang ada dalam badan dan menyikirkan bendasing yang ada dlm badan kita. Kesannya pada saya adalah:

1. Sakit saraf : badan menjadi lemah dan rasa mengatuk yang teramat, ini kerana badan perlu rehat secukupnya utk penyembuhan saraf dan otot-otot badan.

2. Migraine: kepala terasa sangat sakit selama 2 hari dan saya atasi dengan booster C2Joy 2 sachet dgn 200ml air. Alhamdulillah okay.

3. Gastrik: perut menjadi susah nak buang air, penyingkiran toksid najis berketul-ketul keluar dan buang air keras. Alhamdulillah selepas itu akan lebih senang dan lawas.

4. Resdung: ada berlaku kahak atau ketulan lendir seperti berakar keluar setelah hembus buang selesema, hidung berair dan bersin2. Selepas itu menjadi kering. Cara atasi utk selesa gunakan air panas masukkan menthol crystal dan bunga cengkih dalam air panas tadi dan hidu wap air dgn selibung dgn tuala tutup kepala dan air tadi. 

5. Enzyme: berlaku badan anak berpasir rasa kasar biji-biji naik di belakang leher dan depan badan. Jangan panik buat seperti biasa gosok dgn buih susu c2joy gosok sehingga kering dan licin. InsyaAllah yang kasar tadi tanggal dan menjadi licin dan gebu kulit anak. 


Terima kasih kepada Brolan kerana perkenalkan susu C2joy kepada saya.


#Testimoni AliPD







Ulasan