Oleh Ir. Kyo
Isnin, 19 Mei 2025
Cara Merawat dan Memulihkan Fungsi Buah Pinggang
 • Tekanan Darah Tinggi – Pastikan BP kekal sekitar 120/80 mmHg untuk kurangkan tekanan pada buah pinggang.
 • Diabetes – Kawal gula darah, sasarkan HbA1c bawah 6.5% untuk elak kerosakan kapilari buah pinggang.
 • Jangkitan dan Batu Karang – Rawat segera untuk elakkan parut kekal.
 • Gaya Hidup Tidak Sihat – Kurangkan berat badan berlebihan untuk kurangkan tekanan pada buah pinggang.
 • Ubat Toksik dan Bahan Kimia – Elakkan NSAID seperti ibuprofen dan pendedahan kepada logam berat.
2. Ubah Gaya Pemakanan untuk Sokongan Buah Pinggang
 • Kurangkan Sodium – Sasarkan kurang dari 1500-2000 mg sodium sehari untuk kurangkan beban buah pinggang.
 • Protein Berkualiti Tinggi, Rendah Fosforus – Pilih protein seperti ikan, ayam organik, dan telur (dalam kuantiti sederhana).
 • Kurangkan Fosfat Tersembunyi – Elakkan makanan proses, minuman karbonat, dan makanan segera.
 • Rendah Kalium Jika CKD Peringkat 4-5 – Hadkan buah-buahan tinggi kalium seperti pisang, oren, kentang, dan tomato.
 • Makanan Anti-Radang – Tambah sayuran hijau, bawang putih, kunyit, halia, dan buah beri untuk kurangkan keradangan.
 • Air Cukup, Tapi Tidak Berlebihan – Biasanya 1.5 - 2.0 liter sehari sudah mencukupi, ikut nasihat doktor.
3. Senaman dan Aktiviti Fizikal
 • Bersenam secara sederhana, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk kawal tekanan darah dan gula darah.
 • Pilih jalan kaki, yoga, atau berenang untuk kurangkan tekanan pada sendi dan buah pinggang.
 • Elakkan senaman berintensiti tinggi jika eGFR sudah rendah untuk elak beban berlebihan pada buah pinggang.
4. Kawal Berat Badan dan Lemak Viseral
 • BMI ideal sekitar 18.5 - 24.9 untuk kurangkan tekanan pada buah pinggang.
 • Kurangkan lemak visceral kerana ia meningkatkan risiko keradangan dan tekanan darah tinggi.
 • Cuba intermittent fasting atau time-restricted eating untuk kawal berat badan.
5. Kurangkan Stres dan Tidur Cukup
 • Stres boleh naikkan hormon kortisol dan tekanan darah.
 • Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk pemulihan buah pinggang dan keseimbangan hormon.
 • Amalkan teknik pernafasan, meditasi, dan zikir untuk tenangkan minda.
6. Sokongan Herba dan Suplemen untuk Pemulihan Buah Pinggang
 • Astaxanthin – Antioksidan kuat untuk kurangkan keradangan dan tekanan oksidatif.
 • N-Acetyl Cysteine (NAC) – Membantu penghasilan glutathione untuk detoks buah pinggang.
 • Dandelion dan Pegaga – Teh herba untuk sokongan fungsi buah pinggang dan detoksifikasi.
 • Cordyceps Sinensis – Bantu tingkatkan fungsi buah pinggang dan kawal tekanan darah.
 • Curcumin – Bahan aktif dalam kunyit untuk kurangkan keradangan.
 • Probiotik – Bantu keseimbangan mikrobiota usus yang penting untuk detoks semula jadi.
7. Kawal Pengambilan Air
 • Jangan minum air berlebihan jika CKD tahap akhir – risiko ‘fluid overload’ boleh membebankan jantung.
 • Untuk CKD peringkat awal, minum cukup untuk elak dehidrasi, tapi jangan terlalu banyak.
8. Pantau dengan Konsisten untuk Melihat Perkembangan
 • Ujian darah seperti Serum Creatinine, eGFR, ACR (Albumin-to-Creatinine Ratio), dan Cystatin C untuk pantau kemajuan.
 • Ulang ujian setiap 3-6 bulan untuk lihat perubahan.
 • Semak tekanan darah dan berat badan secara berkala untuk kesan awal perubahan.
9. Elakkan Toksin yang Merosakkan Buah Pinggang
 • Hati-hati dengan produk rumah tangga, kosmetik, dan bahan kimia yang mungkin mengandungi logam berat atau bahan toksik.
 • Pilih produk semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.
10. Sentiasa Positif dan Yakin Bahawa Kita Boleh Pulih
 • Percaya bahawa tubuh boleh pulih jika diberi sokongan yang betul.
 • Mental yang sihat penting untuk pemulihan buah pinggang.
11. Gunakan Terapi Semula Jadi yang Terbukti
 • Berjemur Matahari – Tingkatkan vitamin D untuk sokongan imun dan kesihatan tulang.
 • Earthing – Berjalan di atas tanah atau rumput untuk kurangkan stres oksidatif.
 • Hidroterapi – Mandi air sejuk untuk tingkatkan peredaran darah ke buah pinggang.
Sabtu, 3 Mei 2025
KELEBIHAN TIDUR BERPELUKAN DENGAN PASANGAN YANG SAH
Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.
.
Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
.
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;
.
1. Mencegah Stress
.
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.
.
Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
.
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
.
3 . Tidur Lebih Nyenyak
.
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
.
4. Baik Untuk Jantung
.
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
.
5. Bangun Penuh Bertenaga
.
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
.
6. Panjang Umur
.
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.
.
Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
.
Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Khamis, 1 Mei 2025
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia
Dalam kehidupan suami isteri, hubungan seksual bukan sekadar aktiviti fizikal. Ia adalah satu bentuk komunikasi batin, satu cara untuk mengeratkan lagi ikatan emosi dan membina keintiman yang lebih dalam.
Namun begitu, kekerapan hubungan seks antara suami isteri lazimnya akan berubah mengikut peringkat umur, keadaan kesihatan, tahap tekanan hidup dan juga keharmonian rumahtangga.
Berapa Kerap Sepatutnya Suami Isteri Bersama Mengikut Usia?
Kajian dan pengalaman klinikal menunjukkan bahawa kekerapan hubungan seks bagi pasangan berkahwin boleh dianggarkan seperti berikut:
Umur 20-an: 2–4 Kali Seminggu
Pasangan dalam lingkungan usia ini berada dalam kemuncak hormon dan fizikal. Nafsu seksual masih kuat dan dorongan untuk ‘bersama’ tinggi. Fasa ini juga sangat penting untuk membina keintiman awal dalam perkahwinan.
Nota penting: Fasa ini juga boleh jadi mencabar jika isteri cepat letih atau suami tertekan dengan tuntutan kewangan dan kerja.
Umur 30-an: 1–3 Kali Seminggu
Fasa ini ramai yang mula sibuk dengan kerjaya dan anak-anak. Walau keinginan masih ada, masa dan tenaga mula berkurang. Hubungan seksual mungkin perlu dirancang dan difokuskan.
Tip: Suami isteri perlu bijak cipta suasana yang tenang dan romantik – ini membantu mengekalkan keintiman seperti awal kahwin.
Umur 40-an: 1–2 Kali Seminggu
Perubahan hormon mula terasa, terutamanya bagi wanita. Libido mungkin menurun tetapi keinginan emosi dan keintiman tetap penting. Komunikasi terbuka sangat diperlukan di fasa ini.
Nota: Jika suami rasa ‘diabaikan’ batiniah, risiko untuk mula ‘menjauh’ boleh berlaku walaupun secara senyap.
Umur 50-an dan ke atas: 1–3 Kali Sebulan
Aktiviti seksual semakin jarang, tetapi itu tidak bermaksud keintiman perlu padam. Ramai pasangan yang tetap aktif secara seksual walau dengan pendekatan lebih perlahan dan penuh penghayatan.
Tip penting: Pelukan, sentuhan dan kata-kata manja tetap memainkan peranan besar.
Adakah Kekerapan Penting untuk Rumah Tangga Bahagia?
Ya... tetapi bukan semata-mata tentang ‘berapa kali’, sebaliknya bagaimana layanan itu diberi. Lelaki lazimnya bersifat visual dan bernafsu tinggi. Jika keperluan batinnya tak dipenuhi, dia mungkin rasa terpinggir, sedangkan wanita lebih bersifat emosional.
Pasangan yang berkomunikasi dengan jujur dan mempunyai ilmu tentang keperluan batin pasangan masing-masing selalunya lebih bahagia, lebih setia dan lebih stabil.
Ramai Isteri Tak Sangka...
Rupanya apa yang suami dambakan bukan hanya hubungan, tetapi cara dilayan, respon isteri dan suasana yang tercipta. Kalau isteri tahu 'teknik yang betul', suami akan ketagih pulang ke rumah. Tak pandai? Boleh belajar... senyap-senyap saja.
Ebook Rahsia Menambat Nafsu Suami Versi 2.0
Buku digital ini bukan sekadar teori. Ia adalah panduan realistik, penuh ilmu rahsia dan teknik khusus untuk isteri menambat semula hati suami dari bilik tidur hingga ke luar rumah.
Nak tahu cara halus, lembut dan menggoda suami tanpa perlu 'jual mahal'? Klik sini dan mula berubah hari ini:
Tidak ada angka 'wajib' dalam kekerapan hubungan seksual, tetapi konsistensi, kasih sayang dan keikhlasan adalah kunci menuju kebahagiaan.
Usia bukan penghalang, masa bukan alasan.
Yang penting, anda tahu apa yang suami perlukan dan bagaimana cara memenuhinya, dengan cinta.
Ahad, 20 April 2025
GOUT dan ANDA
GOUT BUKAN DATANG DARI SEAFOOD! RAMAI TERKEJUT BILA TAHU FAKTA SEBENAR INI…
Ramai salahkan udang, ketam, daging merah…
Tapi punca sebenar GOUT datang dari GULA & KARBOHIDRAT!
Ya, punca utama ialah FRUKTOSA & GLUKOSA yang ada dalam:
 • Nasi, mee, bihun
 • Kuih muih, roti, kek
 • Minuman manis & susu pekat
Fruktosa & glukosa inilah punca hati berlemak!
Bila hati jadi berlemak — ia tak dapat tapis toksin & asid urik dengan baik.
Akibatnya, asid urik meningkat dalam darah & mula menyerang sendi!
Inilah ‘silent killer’ yang ramai tak nampak.
Gout bukan sekadar sakit sendi — ia petanda kerosakan dalaman yang sedang berlaku!
⸻
BAHAYA GOUT JIKA DIBIAR:
 • Sakit mencucuk di sendi, terutama kaki
 • Bengkak, merah & panas
 • Ubat tahan sakit jadi ‘kawan baik’ setiap minggu
 • Rosakkan buah pinggang & fungsi hati
 • Risiko terkena serangan jantung & darah tinggi makin tinggi
⸻
PETUA MUDAH ATASI GOUT:
 1. Kurangkan pengambilan karbo & gula
 • Gantikan dengan sayur hijau, ikan, telur, ayam kampung
 • Ikut konsep ketogenik / low carb
 2. Minum air kosong secukupnya setiap hari
 • Asid urik boleh dibuang secara semulajadi
 3. Amalkan bahan anti radang semulajadi
 • Seperti cuka epal, kunyit hidup, halia & minyak zaitun
⸻
RAWATAN ALTERNATIF YANG DIBUKTIKAN BERKESAN:
Heavenlife Sacha Inchi + Seabuckthorn Softgel (4 biji setiap hari)
 • Kaya Omega 3, bantu stabilkan asid urik
 • Rawat radang sendi & bengkak tanpa ubat kimia
 • Detox hati berlemak secara semulajadi
 • Ramai rasa perubahan besar dalam 7-14 hari!
Stokin & Pants FAR Infra Red (Kodenshi)
 • Panaskan kawasan radang & lancarkan darah
 • Legakan sendi yang bengkak & keras
 • Rasa lebih ringan & bebas bergerak
⸻
SEBELUM GOUT MELARAT KE BUAH PINGGANG… CEGAH SEKARANG!
Hubungi kami untuk bantuan & nasihat rawatan:
Izzu (017-292 5727): https://wa.me/60172925727
Jaja (010-302 7798): https://wa.me/60103027798
Khamis, 17 April 2025
HUKUM HAID MUDAH (haid terputus sebentar)
Perempuan yang berhenti darah haid, wajib mandi dan solat, walaupun dalam adat kebiasaannya darah haidnya akan datang kembali. Misalnya: Hindun biasa datang haid 7 hari. Dalam tempoh 7 hati itu, akan berlaku suci pada hari ke 4 dan datang balik hari ke 5. Jadi hari ke 4 itu wajib Hindun mandi dan solat jika darah sebelumnya sudah cukup 24 jam. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafie.
.
Pendapat kedua: Hindun tidak wajib lagi mandi, bahkan boleh tunggu sampai hari kebiasaannya dia tamat haid. Pendapat ini adalah menurut Imam ar-Rafie. Pendapat ini lebih memudahkan orang awam khususnya wanita yang bekerja pada hari ini.
Isnin, 14 April 2025
Perkara yang Menghakis Rasa Hormat Staf terhadap Ketua
Sebagai seseorang yang pernah menjadi kakitangan biasa, dan kemudian diberi amanah sebagai ketua jabatan, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang membuka mata tentang dinamika rasa hormat dalam organisasi.
Kata pepatah Inggeris, “Respect is earned, not given.” 
Kita tidak boleh memaksa orang lain menghormati kita hanya kerana jawatan atau pangkat. Rasa hormat perlu diusahakan dengan akhlak dan tindakan yang tulus.
Ramai yang bekerja lama akan bersetuju: ada ketua yang sangat dihormati, dan ada yang hanya ditakuti malah dibenci dalam diam.
Berikut antara perkara utama yang menyebabkan staf hilang rasa hormat terhadap ketua mereka:
1. Bergosip atau Mengumpat tentang Staf Lain
Seorang ketua yang bergosip di hadapan staf lain akan dilihat sebagai tidak profesional dan berat sebelah. Ia menimbulkan suasana tidak selamat dan ketegangan dalaman di tempat kerja.
Nasihat: Jika ada aduan tentang seseorang, siasat dengan adil dan jangan terus percaya bulat-bulat. Elakkan jadi “tukang menyemarak api” kepada gosip yang belum tentu benar.
2. Menegur atau Memarahi Staf di Hadapan Orang Ramai
Teguran adalah tanggungjawab pemimpin. Namun, menegur di khalayak ramai menjatuhkan maruah dan keyakinan diri staf tersebut.
Nasihat: Lakukan teguran secara empat mata, dengan penuh hikmah. Anda bukan sahaja menyelamatkan air muka staf, bahkan membina kepercayaan yang lebih kukuh antara anda dan mereka.
3. Membandingkan Staf dengan Staf Lain
Niat untuk ‘memotivasikan’ mungkin ada, tetapi membanding-bandingkan staf hanya akan membunuh semangat dan menimbulkan rasa iri hati serta perpecahan dalaman.
Nasihat: Hargai keunikan dan kekuatan setiap staf. Puji secara terbuka, tegur secara tertutup.
4. Menunjuk Perangai Buruk di Hadapan Staf
Antara perangai yang menjatuhkan maruah kepimpinan ialah suka membebel, merungut, menengking, atau menunjukkan sikap tidak sabar.
Nasihat: Seorang pemimpin yang tenang ketika tekanan datang akan menanam rasa yakin dalam diri staf bahawa semuanya masih terkawal. Ketenangan pemimpin adalah kekuatan organisasi.
5. Berkelakuan Tidak Sopan terhadap Staf Perempuan
Menggoda, membuat kenyataan berunsur seksis, atau memuji fizikal staf wanita adalah tingkah laku sangat tidak profesional dan memalukan.
Nasihat: Hormatilah batas pergaulan. Kata orang tua, “Don't eat and sh*t at the same place.” Noktah.
6. Memanggil Staf dengan Gelaran Tidak Sesuai
Panggilan seperti “Abang”, “Adik”, “Hoi”, “Pakcik”, atau “Nenek” tidak mencerminkan budaya kerja yang profesional.
Nasihat: Gunakan nama sebenar dengan gelaran hormat seperti “Encik”, “Puan”, “Cik”, atau “Tuan Haji”. Ketua yang tahu menghormati staf akan lebih dihormati semula.
Kesimpulan:
Enam perkara ini hanyalah sebahagian daripada banyak sebab yang boleh merosakkan hubungan antara ketua dan staf. Namun, ini adalah asas penting berdasarkan pengalaman saya dalam dunia pekerjaan.
Sebagai pemimpin, anda tidak perlu jadi sempurna tetapi perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri, kerana kepimpinan yang dihormati akan mencipta pasukan yang setia dan cemerlang.
Wallahu a‘lam.
Ir. Hj. Zainuddin bin Hj. Omar
FB: Zainuddin Omar
* Di Ollantaytambo, Peru
All reactions:
1.7KAhmad Fahmie, Warisah Zuki and 1.7K othersJAJARAN REL SELANGOR
Pembinaan Jajaran Rel Selangor yang menghubungkan Utara Selangor hingga ke Selatan Selangor merentasi Sabak Bernam, Shah Alam/Klang dan Sepang sehingga ke Labu, kini dalam fasa akhir kajian kebolehlaksanaan.
Pembinaan jajaran sepanjang 200 kilometer itu dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun yang dilaksana secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa.
Penawar orang lama
Kena simpan ilmu ni sebaiknya
Orangnya pun dah takda lagi.
1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102
5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83
6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21
7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69
8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70
9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11
11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44
12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
Ilmu yang harus dikongsi bersama...SHARE
kredit : Friends of Bomba Malaysia
Langgan:
Ulasan (Atom)

